Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 18, 2018

KEPIMPINAN - BENARKAN MAHATHIR KURANG AJAR?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz berkata, sikapnya yang terlihat "kurang ajar"  pada hari ini adalah kerana diajar oleh Tun Mahathir Mohamad.

Jelasnya, perkara itu dipelajarinya ketika beliau berkhidmat selama lima tahun sebagai menteri di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

“Dulu Tun Mahathir pernah ajar saya apa yang saya perlu buat. Saya jadi menteri ketika berusia 44 tahun, lima tahun di bawah dia.

“Semua dia ajar saya, termasuk kalau hari ini saya "kurang ajar", dia yang ajar saya jadi "kurang ajar". Jadi,  jangan marah saya, “ kata Nazri dalam sebuah program di Kelantan, malam tadi.

Benarkah begitu?

Kalau benar Nazri menjadi "kurang ajar" kerana diajar oleh Tun Mahathir, ini bermakna bekas Perdana Menteri itu tentu jauh lebih "kurang ajar" berbanding Nazri.

Tetapi, adakah Tun Mahathir seorang pemimpin yang selalu bersikap kurang ajar?

Pernahkah beliau mengungkapkan perkataan "bangsat", "bangang", "haramjadah" atau "kepala bapak kau" sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu?

Meskipun berbeza pendapat dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhal misalnya, pernahkah Tun Mahathir bersikap "kurang ajar" terhadap Bapa Kemerdekaan itu?

Apakah penghormatan orangramai, malah di peringkat antarabangsa terhadap Tun Mahathir kerana peranannya sebagai “guru kurang ajar” atau disebabkan kewibawaan dan sumbangannya sebagai pemimpin?

Jika benar juga Nazri menjadi "kurang ajar"  kerana diajar oleh Tun Mahathir, mengapa hanya Nazri seorang saja yang bersikap "kurang ajar" sekarang ini?

Mengapa sekian ramai bekas menteri lain, malah yang pernah berkhidmat lebih lima tahun di bawah Tun Mahathir, tiada yang jadi "kurang ajar" seperti Nazri?

Mengapa bekas menteri seperti Sabbaruddin Chik, Sanusi Junid, Rafidah Aziz, Rais Yatim, Ling Liong Sik, Samy Vellu dan ramai lagi kelihatan baik-baik saja dan tidak pernah terlihat bersikap "kurang ajar" sepertinya?

Bukankah jika Nazri yang berkhidmat hanya lima tahun di bawah Tun Mahathir sudah jadi "kurang ajar" seperti sekarang, sudah pasti bekas-bekas menteri lain yang berkhidmat lebih lama daripada beliau sepatutnya akan menjadi lebih "kurang ajar" lagi?

Di mana silapnya?

Adakah bekas menteri-menteri  lain itu tidak diajar oleh Tun Mahathir untuk menjadi kurang ajar atau mereka tidak "secerdik"  Nazri yang dapat menerima ajaran Tun Mahathir hanya dalam waktu yang lebih singkat iaitu lima tahun saja, lalu terus jadi "kurang ajar"?

Apa sebenarnya?

Bagaimana dengan anak Nazri sendiri, sebagaimana dilaporkan media beberapa hari lalu yang dianggap oleh orangramai bersikap "kurang ajar" kerana berbalah dengan ibu tirinya iaitu isteri Nazri sekarang melalui media sosial?

Siapa yang mengajarnya?

Adakah ia salah Tun Mahathir juga? (ShahbudinHusin 17/02/2018).

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA