Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 13, 2018

HIBAH LUTH - DI PERTIKAI

THURSDAY, FEBRUARY 08, 2018


Pulangan Sebenar Hibah TH Turun?



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



MUTAKHIR – Saya dimaklumkan - tetapi bukan oleh Tabung Haji – bahawa kaedah kiraan hibah 2017 telah dikembalikan kepada formula asal seperti yang digunakan bagi tahun 2016 yang berasaskan baki purata minimum bulanan.

Siaran akhbar TH hari ini
Walaupun pegawai bahagian perhubungan awam TH yang saya hubungi tidak memberi apa-apa maklum balas selain mengatakan “okay kami akan baca”, namun jelaslah daripada kenyataan akhbar di atas bahawa TH telah mengubah formula baru yang sangat-sangat merugikan penyimpan itu kepada formula asal.

Dalam konteks ini, saya menyokong penuh cadangan pembahas yang menggunakan nama samaran “Group 8” yang berbunyi: “Seharusnya seluruh ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan harus meletak jawatan serta merta kerana tidak bersikap jujur.”

Saya setuju dengan beliau bahawa ahli lembaga pengarah dan ahli lembaga pelaburan TH  tidak bersikap jujur. Tetapi saya tidak yakin sedikit pun yang mereka akan meletakkan jawatan.

Soalnya mengapakah mereka mengubah kepada formula yang merugikan pendeposit? Adakah kerana TH mengalami masalah kewangan seperti yang pernah diberi amaran oleh Bank Negara?

POSTING ASAL

SAYA yakin ramai orang Islam sudah baca atau dengar berita Tabung Haji (TH) mengisytiharkan hibah yang lebih tinggi untuk penyimpan bagi tahun kewangan 2017 berbanding tahun 2016.

Jamil Khir di majlis pengumuman hibah TH 2017
Semua penyimpan dibayar hibah tahunan 4.50 peratus manakala yang belum mengerjakan haji dibagi hibah tambahan (hibah haji) 1.75 peratus.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Itulah yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 7 Februari.

"Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji. Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus," kata menteri agama itu.

Bagi tahun kewangan 2016, TH mengumumkan hibah 4.25 peratus kepada semua pendeposit dan hibah haji 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. (Berita penuh di sini).

Tetapi hari ini seorang  kawan yang berupa ahli ekonomi dan penyelidik terkenal menggesa saya membuat analisis dan meminta pengesahan TH mengenai kaedah pengiraan hibah tahun 2017.

Jadi saya minta sangat-sangatlah agar TH memberi maklum balas pasal saya bimbang analisis saya salah atau kurang tepat. Sebagai blogger bebas, saya tidak ada akses kepada sumber asal berita. Saya mengasaskan analisis saya kepada maklumat tempat awam (public domain information) saja.

Menurut ahli ekonomi itu, kaedah pengiraan hibah bagi tahun kewangan 2017 mungkin akan memberi pulangan sebenar yang lebih rendah kepada penyimpan.

Maksudnya, walaupun dari segi peratusan kadar hibah naik setengah peratus, tetapi pulangan mutlak kepada penyimpan lebih rendah daripada tahun 2016.

Kaedah Kiraan Berubah?

Ini adalah kerana pengiraan hibah dibuat berasaskan kepada baki minimum tahunan darab kadar hibah tahunan 4.50 peratus.Ini adalah kadar yang diberikan kepada pendeposit yang sudah menunaikan haji.

Kaedah kiraan hibah 2017
Saya berikan andaian seorang pendeposit yang saya beri nama Awang bin Lebai Man mempunyai baki RM100 pada 1 Januari 2017. Kemudian setiap bulan dia tambah RM100.

Katakan dia tidak membuat sebarang pengeluaran sepanjang tempoh itu maka baki simpanannya pada 31 Disember 2017 adalah RM1,300.

Berdasarkan pengumuman oleh Jamil Khir, perolehan hibah dia hanyalah RM4.50 iaitu berasaskan pulangan 4.50 peratus ke atas baki minimum tahunan RM100 (RM100 x 4.50 peratus) walaupun simpanannya yang sebenar adalah RM1,300.

Kiraan ini berasaskan andaian Awang sudah pun mengerjakan haji jadi hanya berhak mendapat hibah 4.50 peratus.

Hatta kalau Awang memasukkan RM2 juta pada 2-1-2017 sekali pun, pendapatan hibah dia tetap RM4.50 sebab baki minimum simpanan dia adalah RM100.

Ini berbeza dengan hibah tahun kewangan 2016 yang diasaskan kepada baki purata minimum bulanan.

Kaedah kiraan hibah 2016Add caption
Kalau formula 2016 dikekalkan, Awang akan dapat pulangan RM33.75 berdasarkan baki purata minimum RM750 (RM750 x 4.50 peratus). Simpanan purata bulanan sebanyak RM750 itu adalah baki minimum bulanan.

Saya sendiri tidak begitu pasti ketepatan analisis saya ini dan dengan penerangan ahli ekonomi itu sebab kalau kami betul, penyimpan TH sebenarnya mengalami penyusutan pulangan 650 peratus apabila formula baru ini diperkenalkan.

Adakah hal seperti ini boleh terjadi?

Jadi saya wajib tanya TH adakah andaian dan analisis saya ini tepat? Kalau tepat bererti pendeposit TH mendapat pulangan yang sangat rendah.

Tetapi kalau saya silap, saya mohon berbanyak-banyak maaf dan memberi ruang secukupnya di dalam blog ini kepada TH untuk menafikannya dan membuat penjelasan.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA