Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 19, 2017

SINAR - APAKAH INI BENAR?

Keputusan memihak kepada syarikat berkenaan oleh Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu, dalam penghakiman pada 27 Oktober 2010.

Hj Hadi yang sebelum ini mengecam DAP dengan menuduh "DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya," adalah umpama "Paku dulang, paku serpih, mengata orang, pada hal dia yang lebih.

Rupa-rupanya Hj Hadi yang diiktiraf oleh pengikutnya sebagai seorang tokoh ulama donia dan dianggap sebagai Perdana Menteri 'in the making' turut bergelumang dengan kotoran yang sangat menjijikan!

Patutlah Hj Hadi boleh bersahabat baik dengan PM Najib, seorang yang dikenali sebagai Kleptokrasi Global abad ini!

Hj Hadi ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dilaporkan telah melakukan pengkhianatan yang telah merugikan duit rakyat Trengganu kerana terpaksa membayar saman RM1 bilion.

Perkara tersebut didedahkan oleh Adun Kuala Berang YM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang sewaktu membahas bajet Terengganu 2018 pada petang 13 Dis lalu.
Adun Kuala Berang, mendedahkan pengkianatan
Pas sewaktu memerintah Trengganu
Menurut Adun Kuala Berang, pengkianatan itu sebenarnya berlaku sewaktu Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah merugikan duit rakyat kini kerana terpaksa membayar saman RM1 bilion.

 Katanya, saman yang dibuat oleh syarikat konsesi balak iaitu Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) terhadap kerajaan negeri kerana menamatkan perjanjian penebangan balak di Tasik Kenyir yang ditarik balik ketika Pas memerintah Terengganu.

 Penebangan balak berkenaan bagi tujuan membina empangan kedua mengambil hasil hutan di kawasan seluas 16,587 hektar di Mukin Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu yang mana telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum 1999 duhulu.

 ‘Kerajaan negeri kalah dalam saman itu dan telah diarahkan oleh mahkamah agar membayar sebanyak RM 1.0 bilion kepada Riyapadu dan masih cuba berunding untuk mengurangkan kadar bayaran itu’

 "Akibat daripada pengurusan yang tidak cekap (kerajaan Pas) denganmenamatkan kontrak atau perjanjian konsesi tersebut dan kita menanggungnya hari ini", katanya dalam perbahasan didalam dewan petang itu.~ SUMBER

Selain pengkhianatan yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar saman RM1 bilion kepada  Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu), Hj Hadi selaku MB, sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Exco  telah meluluskan kawasan balak, hutan simpan Hulu Dungun seluas 10 ribu ekar kepada sebuah syarikat kroni, Pengerusi akhbar Harakah waktu itu.

Laporan itu juga menyebut, sewaktu Hj Hadi jadi MB, sebuah syarikat milik Ahli Dewan Undangan Negeri Pas dan isterinya seorang doktor pada masa itu mendapat kelulusan tanah seluas 130 hektar (50.8 hektar) di Durian Mentangau. ~ sumber

Selain tidak amanah sebagai wakil rakyat yang sering ponteng dari persidangan parlimen, Hj Hadi adalah tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana telah dipalit dengan pelbagai pengkhianatan dan skendal pecah amanah.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA