Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 17, 2017

JOHOR KUBU BN - UJUDKAH LAGI SELEPAS PRU EMPAT BELAS INI?


Johor tanah subur bagi Bersatu

Usaha untuk memahami aspirasi golongan muda di negara ini menjadi antara faktor penarik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya mendaftarkan 57 peratus ahli di kalangan belia berusia di bawah 35 tahun sejak setahun penubuhan parti itu.
Perkara ini dijelaskan Ketua Armada Bersatu Negeri Johor Nurul Azarul Abu Samah, apabila parti itu ujarnya, memberikan ‘kebebasan’ kepada pimpinan Armada di setiap peringkat untuk membawa suara golongan belia ke peringkat pimpinan pusat parti.
“Dari awal penubuhan PPBM dari aspirasi anak muda yang mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara yang mana suara mereka lebih didengari oleh parti.
“Sebab itu fokus Armada menjalankan gerak kerja turun ke lapangan di setiap peringkat mendapat sambutan luar biasa di kalangan belia terutama mereka yang selama ini tidak berminat menyertai mana-mana parti,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Terkini dalam himpunan rakyat sempena sambutan ulang tahun Bersatu yang diadakan sehari di Muar, pada Sabtu lalu, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah mengumumkan parti itu berjaya mendaftarkan sejumlah 3,200 ahli baharu dan turut diumumkan bagi seluruh negeri pula, Armada negeri Johor menduduki tempat ketiga ahli terbanyak selepas Kedah dan Perak.
Ketua Armada Bahagian Labis ini turut berkata, pengalamannya menyertai Bersatu tidak sama sebagaimana ketika di dalam Umno.
“Kebanyakan yang menyertai PPBM dikalangan mereka yang mempunyai kesedaran.
“Tidak perlu kami panggil untuk datang ke program-program yang diadakan tetapi mereka berdedai-dedai (berduyun-duyun) datang, apabila kami buka meja.
“Walaupun kita masih lagi tidak boleh bebas mencari ahli cengkaman parti pemerintah yang mana banyak halangan-halangan dalam usaha yang kami lakukan selama setahun ini,” ujarnya.
Justeru beliau tidak menolak dengan penyertaan Bersatu dalam gabungan Pakatan Harapan membawa impak besar kepada perubahan rakyat untuk menukar dan penyokong usaha dilakukan parti itu
“Saya yakin sebelum ini tiada parti seperti PPBM yang pernah dianggotai dikalangan bekas ahli Umno dan dikalangan yang tidak berparti.
“Ini kerana mereka bersedia untuk berubah dan menerima ‘coalation’ bersama PKR,DAP dan AMANAH di dalam Pakatan Harapan.
“Saya juga yakin dengan hasrat bersama parti dalam Pakatan Harapan untuk mengunakan satu logo dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya yakin BN Johor akan tumbang Pakatan Harapan akan memerintah negeri Johor,” ujarnya penuh semangat.
Beliau juga tidak menafikan ada dikalangan rakyat negeri itu yang masih lagi sentimental dengan parti keramat orang Melayu – Umno.
“Dikalangan generasi tua, Umno begitu sentimental dengan jiwa mereka, agak sukar untuk mengubah pendirian mereka berbanding golongan belia kebanyakan mereka menyertai PPBM dan menyokong Pakatan Harapan kerana kesedaran.
“Ada juga yang berterus terang menyokong parti dan menjadi ahli tetapi tidak mahu aktif. Saya yakin dalam pilihan raya umum akan datang Umno-BN akan mengalami penyusutan sokongan di negeri ini,” ujar bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Labis ini.
Menurut beliau lagi, sekiranya negeri Johor berpindah kepada Pakatan Harapan ia banyak didorong oleh faktor krisis kepimpinan di negeri itu membabitkan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas menteri besar dan timbalan perdana menteri.
Selain itu isu-isu membelenggu rakyat seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup, perumahan, pengangguran dikalangan siswazah masih lagi menjadi rungutan dikalangan golongan belia berbanding isu 1MDB misalnya dilihat lebih kepada impak global.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA